Monday, December 26, 2011

Gerakan Tajdid



  Islam adalah ajaran yang bersifat universal dan komprehensif,sesuai diaplikasikan pada bila-bila masa, sekalipun berlaku perubahan zaman dan sosial.Ajarannya merangkumi semua aspek kehidupan manusia.Kemodenan yang berlaku memaksa umat Islam mencari satu resolusi yang terbaik selari dengan kemodenan semasa.Proses ini secara tidak langsung telah melahirkan beberapa aliran pemikiran yang akhirnya mewujudkan satu senario pertentangan diantara aliran-aliran pemikiran tersebut.

Para pemikir Islam pada umumnya terbahagi kepada dua golongan.
Pertama: Golongan yang meragui keserasian Islam dengan peradaban moden justeru mempertahankan keutuhan tradisi Islam sedia ada, golongan ini sering dikatakan sebagai anti kemodenan ini dapat dilihat dalam pengamalan konsep taqlid yang agak keterlaluan. Golongan yang kedua  mereka yang merasakan satu keperluan bagi umat Islam bergerak seiring dengan  kemodenan semasa agar tidak dikatakan ketinggalan zaman, dalam masa yang sama memelihara nilai-nilai Islam sedia ada.

Kedua: Golongan ini melihat syariat Islam memerlukan satu pendekatan baru dengan mengkaji semula hukum-hukum dan nilai-nilai yang sedia ada didalam Islam untuk merubah umatnya agar mampu bersaing dalam kemodenan yang dibawa oleh Barat. Komodenan yang dibawa oleh barat tercangkup bersamanya satu pandangan hidup,falsafah dan sejarah tersendiri yang mengandungi ideologi-ideologi tersendiri.Dari segi falsafah modenisme datang bersama-samanya beberapa ciri penting seperti rasionalisme,sekularisme,humanisme perubahan sosial dan kemajuan yang mana beberapa ciri ini ternyata tidak sesuai dengan pendekatan yang dibawa oleh Islam.Oleh yang demikian, dalam keghairahan mengejar kemajuan, setiap fahaman harus diteliti agar ianya dapat disaring dan akhir benar-benar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Islam.

  Gerakan refomis atau gerakan tajdid  lahir pada abad ke 19 dan 20 hasil daripada lonjakan kemodenan yang berlaku di kebanyakan dunia Islam dengan tujuan melakukan pembaharuan dalam pemikiran masyarakat Islam, bagi membolehkan mereka menyaingi kemajuan yang dibawa oleh Barat.Golongan ini menyeru kepada pentafsiran semula sebahagian ajaran-ajaran Islam di atas nama tajdid dan islah.

  Kemunculan tokoh-tokoh seperti Jamal al-Din al-Afghani (1875-1954) dan Muhammad Abduh (1849-1908)  telah membuka ruangan baru dalam lanskap dunia umat Islam.Kemunculan aliran refomis ini pada awalnya memperjuangkan kemerdekaan dan memperbaiki taraf pendidikan,kefahaman ugama,ekonomi dan politik dalam masyarakat Islam.

  Di Malaysia kemunculan golongan refomis ini hasil daripada idea tajdid yang dibawa oleh intelektual dan sarjana tempatan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan Barat gabungan antara dua elemen ini akhirnya menghasilkan gerakan tajdid yang membawa banyak perubahan di Malaysia.Konsep tajdid pada dasarnya membawa kepada penghayatan dan usaha menghidupkan semula kefahaman dan amalan Islam yang telah tercemar dengan budaya-budaya barat.

  Dalam konteks di Malaysia kemunculan aliran tajdid ini telah membuka ruangan  baru dalam memahami dan melaksanakan Islam di Malaysia. Penjejahan  yang berlaku dan kemodenan yang dibawa oleh barat telah meniggalkan beberapa kesan yang amat ketara yang boleh dilihat dalam masyarakat di Malaysia, antaranya ialah ideologi skularisme  dan budaya hidup kebaratan yang tidak sesuai dan bertentangan dengan pendekatan dan cara hidup Islam. Hal ini  merupakan kesan psikologi dari  penjajahan yang berlaku di Malaysia, psikologi penjajahan akan melahirkan masyarakat yang berjiwa hamba yang sentiasa melihat kuasa penjajah sebagai the best. Secara mudahnya masyarakat di Malaysia umumnya lebih cenderung memandang dunia Barat sebagai kiblat kemajuan yang berlaku pada hari ini dan sentiasa terikut-ikut dengan apa jua budaya-budaya yang cuba dibawa masuk oleh Barat.

  Kemerdekaan yang dilaungkan saban tahun sebenarnya hanyalah politik yang cuba dimainkan oleh dunia Barat, dalam masa yang sama terus membiarkan masyarakat di Malaysia terus asyik dengan kemajuan dan hiburan yang semestinya merupakan agenda dan modul  era  penjajahan baru dari Barat terhadap umat Islam.

No comments:

Post a Comment